watermark logo

#Amanz24 - Microsoft Surface Go, PDRM Memantau Akses Pornografi, Galaxy S10+ Lima Kamera

22 Views
Emma
1
Published on 11 Jul 2018 / In Science & Technology

#Amanz24 - Microsoft Surface Go, PDRM Memantau Akses Pornografi, Galaxy S10+ Lima Kamera
Hari ini, Microsoft Surface Go telah dilancarkan secara rasmi dengan membawakan rekaan skrin 10.1 inci dengan harga yang lebih mampu milik iaitu sekitar RM1600. Komputer riba ini dibina dengan pemproses Intel Pentium Gold 4414Y, penggunaan bateri sehingga 9 jam, dan ia hadir dengan sokongan skrin sesentuh serta stylus Surface Pen.

Satu lagi platform perkongsian kenderaan tempatan yang baharu iaitu Decentralized Alternative Cabs Serving and Empowering Everyone (DACSEE) telah dilancarkan. Perkhidmatan DACSEE ini bukan sahaja membolehkan pengguna untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, malah perkhidmatan ini juga dapat membina rangkaian pemandu dan pelanggan yang berdasarkan minat dan persahabatan. DACSEE kini boleh dimuat turun pada peranti pintar Android dan iOS dan pendaftaran pengguna adalah percuma.

Selain itu, PDRM kini dalam usaha untuk membendung masalah pornografi kanak kanak di Malaysia. Usaha ini turut dibantu oleh pihak SKMM dimana kedua duanya bekerjasama untuk menghalang akses ke laman laman web lucah dengan menggunakan perisian Internet Crime Against Children- Child Online Protective Services untuk mengesan alamat IP pengguna Malaysia yang melayari laman laman lucah ini.

Vivo NEX pula dilaporkan akan memasuki pasaran tempatan pada suku ketiga tahun ini. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan 6.59 inci, dijana dengan cip Snapdragon 845, kamera utama 15 dan 5 MP di belakang dan kamera utama 8MP yang boleh disembunyikan untuk rakaman swafoto. Namun tarikh pelancaran dan harga jualannya di Malaysia masih belum diketahui.

Samsung Galaxy 10+ pula dilaporkan bakal hadir dengan lima kamera terbina padanya, iaitu dua dihadapan untuk rakaman swafoto dan tiga kamera dibelakang peranti. Menurut laporan daripada TheBell juga, kamera ketiganya akan hadir dengan penawaran rakaman sudut luas sehingga 120 darjah.a

Show more
0 Comments sort Sort by

Up next